*** PORTAL INI DALAM PROSES KEMASKINI. HARAP MAKLUM. - 18.01.2023 ***

Ahad, 10 Mei 2015

Program Khidmat Masyarakat Pelajar UMS, Sempena Ekspedisi "Road To Tuaran" 2015 (09 Mei 2015)




















Program Khidmat Masyarakat Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Di Kampung Saman, Sempena Ekspedisi Berbasikal "ROAD TO TUARAN" 2015, Kelab Sukan Berbasikal UMS berjaya dianjurkan dengan baik hasil kerjasama dengan Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Saman.

Program yang disertai rombongan berbasikal seramai tiga puluh lapan (38) pelajar UMS daripada pelbagai sekolah di UMS, diketuai oleh Encik Charles Thomas, selaku pensyarah yang bertanggungjawab, tiba di Kampung Saman sekitar jam 9.30 pagi seterusnya mengambil kesempatan bersama-sama penduduk membuat persiapan program.

Pelbagai aktiviti disediakan untuk peserta dan penduduk kampung sepanjang hari program antaranya Menyediakan Makan Tengahari Dan Minum Petang, Gotong-Royong Membersihkan Tanah Perkuburan, Aktiviti Mewarna Untuk Kanak-Kanak, Sukaneka dan Jamilah Dance (Senam Robik)

Program berakhir sekitar jam 6.00 petang selepas Majlis Minum Petang Dan Penyampaian Cenderamata. Turut hadir memeriahkan program ialah Ketua Kampung Kg. Saman, Encik Jamlah Bin Hj. Matullah dan Pengerusi JKKK Kg. Saman, Encik Mazlan Bin Norinah.

Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023

Program : Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023 Tarikh : 21/01/2023 (Sabtu) Masa : Jam 2000 - 0030 Tempat : Bangu...