*** PORTAL INI DALAM PROSES KEMASKINI. HARAP MAKLUM. - 18.01.2023 ***

Khamis, 8 Ogos 2013

Program Aidil Fitri 2013

Program Aidil Fitri 2013 telah dianjurkan pada 08 Ogos 2013, bermula jam 2.00 petang dan berakir sekitar jam 5.30 petang. Program yang diadakan secara santai dan dimeriahkan dengan pelbagai hadiah dan sumbangan untuk diberikan kepada masyarakat kampung nyata memberikan memori yang indah terutamanya kepada kanak-kanak dengan sebanyak 150 sampul duit raya diagih-agihkan kepada mereka yang hadir. Dalam pada itu, sumbangan beras 20 kilogram turut diberikan kepada setiap keluarga dalam Kg. Saman. Sumbangan beras adalah ihsan daripada Encik Jasnih Bin Dayah , calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tuaran 2013.

Pihak KRT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang menyumbang tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan program ini antaranya Encik Jasnih Bin Dayah, Encik Rijahan Aliaprah serta semua yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung. Syabas ! 

Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023

Program : Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023 Tarikh : 21/01/2023 (Sabtu) Masa : Jam 2000 - 0030 Tempat : Bangu...