*** PORTAL INI DALAM PROSES KEMASKINI. HARAP MAKLUM. - 18.01.2023 ***

Ahad, 14 Jun 2015

Rondaan SRS Bil.14/2015 (13.06.2015)

LAPORAN RONDAAN SRS BIL.14/2015
TARIKH : 13.06.2015

-------------------------------------------------------------------

[R1 : 0128] : Keadaan tenang dan tiada sebarang aktiviti mencurigakan dikenalpasti.

[R1 : 0215] : Sekumpulan kerbau masuk kawasan R2 dan R3 dari arah Kg. Berungis. 

* Pasukan peronda membuat pengawasan di pusat kawalan 

Sekian, terima kasih.

Ahad, 7 Jun 2015

Rondaan SRS Bil.13/2015 (06 Jun 2015)

LAPORAN RONDAAN SRS BIL.13/2015
TARIKH : 06 JUN 2015
MASA : JAM 2300 HINGGA JAM 0300
_______________________________________

[R1:2330] : Empat belas (14) orang peronda SRS berkumpul di Pusat Kawalan SRS KRT Sinar Saman. Tiada sebarang penemuan mencurigakan di lokasi R1.

[R3:2344] : Tiada penemuan mencurigakan di lokasi R3. Tiada sebarang pergerakan motosikal yang menganggu penduduk.

[R2:2350] : Tiada penemuan mencurigakan di lokasi R2.

[R4:0018] : Tiada sebarang aduan dan laporan kecemasan diterima daripada peronda bertugas di R4.

*NOTA - Tiada anggota PDRM yang hadir semasa rondaan dibuat.


Minggu Sihat Dan Cergas 2015 [MSC-06/2015] : Aktiviti Senamrobik (06 Jun 2015)

 TARIKH : 06 JUN 2015
MASA : JAM 0700 HINGGA JAM 0830
TEMPAT : PADANG KAMPUNG SAMAN

Minggu Sihat Dan Cergas 2015 dilancarkan oleh Pegawai Perpaduan Daerah Tuaran, Puan Dzuzillah Binti Kalon, dalam satu majlis ringkas selepas bersenamrobik bersama-sama ahli-ahli Rukun Tetangga Sinar Saman. Dalam ucapan beliau mengingatkan agar semua ahli-ahli dalam kawasan rukun tetangga sentiasa menjaga perpaduan dalam kawasan rukun tetangga dan tidak mudah terpengaruh oleh khabar-khabar angin yang disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang mampu merosakkan perpaduan masyarakat.

Minggu Sihat Dan Cergas 2015 ini merupakan salah satu usaha Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga dalam merancakkan komunikasi antara setiap ahli dalam kawasan rukun tetangga melalui aktiviti sukan dan rekreasi. Idea mewujudkan Minggu Sihat Dan Cergas setiap minggu ke-4 bagi setiap bulan bermula Ogos hingga Disember 2015. (Jun sebagai bulan percubaan), terhasil selepas mendengar permintaan Jawatankuasa SRS dan Jawatankuasa Jiran Wantia yang mencadangkan kepada Jawatankuasa Induk untuk mengadakan beberapa aktiviti sukan dan rekreasi seperti senamrobik, futsal, bola jaring, badminton, bola tampar dan Street Soccer, yang akhirnya kesemua jenis sukan yang dicadangkan ini dikumpulkan dalam satu (1) minggu untuk dilaksanakan mengikut kesesuaian dan masa yang akan dibincangkan kemudian.

Berikut merupakan aktiviti yang telah pun diadakan bagi MSC-06 :

- Senamrobik : 06 Jun 2015, Jam 0700, Padang Kg. Saman
- Futsal : 06 Jun 2015, Jam 2000, Arena Futsal Tuaran.
- Badminton : 09 Jun 2015, Jam 1930, Dewan Sri Sulaman, Tuaran.

NANTIKAN MSC-08 PADA BULAN OGOS 2015.






SENAMROBIK






BADMINTON

Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023

Program : Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023 Tarikh : 21/01/2023 (Sabtu) Masa : Jam 2000 - 0030 Tempat : Bangu...