*** PORTAL INI DALAM PROSES KEMASKINI. HARAP MAKLUM. - 18.01.2023 ***

Khamis, 12 Disember 2013

Majlis Perasmian Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah

KRT Sinar Saman menghantar empat (4) orang untuk menghadiri Majlis Perasmian Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah di Pusat Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 12. Disember 2013, jam 2.00 petang. Majlis dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Majlis dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan INtegrasi Nasional.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Bengkel Sistem Maklumat JPNIN, Peringkat Daerah Tuaran

Bengkel Sistem Maklumat JPNIN Negeri Sabah, Peringkat Daerah Tuaran diadakan pada 25 Oktober 2013 di Dewan Giat Belia, Tamparuli, Sabah. Bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Tuaran itu memberi penerangan kepada jawatankuasa tertinggi setiap KRT yang hadir, berkenaan cara memasukkan data-data pengurusan KRT seperti kewangan dan laporan aktiviti melalui sistem maklumat JPNIN yang boleh diakses pada bila-bila masa. KRT Sinar Saman diwakili oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.




Khamis, 8 Ogos 2013

Program Aidil Fitri 2013

Program Aidil Fitri 2013 telah dianjurkan pada 08 Ogos 2013, bermula jam 2.00 petang dan berakir sekitar jam 5.30 petang. Program yang diadakan secara santai dan dimeriahkan dengan pelbagai hadiah dan sumbangan untuk diberikan kepada masyarakat kampung nyata memberikan memori yang indah terutamanya kepada kanak-kanak dengan sebanyak 150 sampul duit raya diagih-agihkan kepada mereka yang hadir. Dalam pada itu, sumbangan beras 20 kilogram turut diberikan kepada setiap keluarga dalam Kg. Saman. Sumbangan beras adalah ihsan daripada Encik Jasnih Bin Dayah , calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tuaran 2013.

Pihak KRT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang menyumbang tenaga dan wang ringgit untuk menjayakan program ini antaranya Encik Jasnih Bin Dayah, Encik Rijahan Aliaprah serta semua yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung. Syabas ! 

Selasa, 30 Julai 2013

Mesyuarat Program Aidilfitri 2013





Mesyuarat Program Aidilfitri 2013 KRT Sinar Saman telah diadakan pada 28 Julai 2013 bertujuan membincangkan dengan lebih terperinci berkenaan Program Aidilfitri 2013 yang dicadangkan dalam mesyuarat jawatankuasa yang lalu. 

Berikut merupakan senarai acara yang dipersetujui dalam mesyuarat tersebut.

- Pertandingan Sepak Takraw (Tertutup)
- Pertandingan Karaoke (Tertutup / Jemputan)
- Pertandingan Menari (Jemputan)
- Sukaneka 
- Pertandingan Lampu Raya
- Pertandingan Lampu Warna

Program ini merupakan program pertama yang akan dikelola oleh Jawatankuasa KRT yang baru selepas kawasan KRT Jembulang Saman dibahagikan kepada dua (2) kawasan iaitu KRT Sinar Saman & KRT Jembulang.

1.
Malam Raya
Jam 2100 - 2300
Pertandingan Lampu Pelita &
Pertandingan Lampu Warna (Colour Light)
2.
Hari Raya Pertama
Jam 1530 - 1700
Sukaneka
3.
Hari Raya Kedua
Jam 1400 - 1700
Pertandingan Sepak Takraw (Tertutup)
4.
Ahad
(11 Ogos 2013)
Jam 1400 - 1600
Saringan Pertandingan Karaoke
Jam 1930 - 0000
Malam Mesra Aidilfitri 2013

Rabu, 24 Julai 2013

Mesyuarat KRT Siri 2 - 08 Julai 2013

Mesyuarat jawatankuasa siri 2 ini diadakan untuk menyusun atur semula perkembangan kawasan yang sudah terlalu lama tertangguh kerana memberi peluang untuk proses pembahagian kawasan KRT Jembulang Saman (Nama asal sebelum dibahagikan kepada dua (2) kawasan). Dalam mesyuarat kali kedua ini, jawatankuasa lebih banyak merancang program-program dan aktiviti yang akan diselaraskan dengan matlamat dan objektif penubuhan KRT diperingkat nasional dan tempatan. Segala perancangan ini akan dibukukan menjadi Pelan Tindakan yang akan menjadi asas hala tuju KRT dengan kerjasama organsasi lainnya seperti JKKK. Pelan ini dijangka akan siap sepenuhnya sebelum September 2013. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Program Aidilfitri 2013 akan diadakan pada 28 Julai 2013, jam 11.00 pagi di rumah pengerusi.

Khamis, 14 Mac 2013

KRT Sinar Saman, Kg. Saman, Tuaran, Sabah.

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sinar Saman telah diiktiraf sebagai satu KRT di bawah Akta Rukun Tetangga 2012 (Seksyen 5 ) dalam daerah Tuaran berkuatkuasa pada 29 Januari 2013.




Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023

Program : Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023 Tarikh : 21/01/2023 (Sabtu) Masa : Jam 2000 - 0030 Tempat : Bangu...