*** PORTAL INI DALAM PROSES KEMASKINI. HARAP MAKLUM. - 18.01.2023 ***

Ahad, 31 Mei 2015

Rondaan SRS Bil.12/2015 (30 Mei 2015)

LAPORAN RONDAAN SRS BIL.12/2015
TARIKH : 30.05.2015
MASA : JAM 2300 HINGGA JAM 0300
---------------------------------------------------------------

[R1:2350] : Enam (6) orang peronda SRS bersama lapan (8) anggota PDRM dan dua (2) orang anggota JPAM. Tiada penemuan yang mencurigakan di lokasi R1.

[R2:0012] : Kumpulan meronda dipecahkan kepada dua (2) kumpulan kecil. Satu kumpulan ke lokasi R2 dan satu kumpulan lagi meronda ke lokasi R3 dan R4. Sebuah motosikal dikenali bergerak masuk ke R2

[R3:0016] : Tiada penemuan yang mencurigakan di lokasi R3.

[R4:0031] : Tiada penemuan yang mencurigakan di lokasi R4.

[R2:0040] : Tiada penemuan dilaporkan di lokasi R2.

[R2:0234] : Dua (2) buah motosikal yang dikenali bergerak masuk ke lokasi R2 dari arah R3. 

* Nota : Tiada aktiviti mencurigakan dilaporkan sepanjang waktu rondaan dibuat.

TERIMA KASIH PDRM TUARAN 



Sabtu, 30 Mei 2015

Futsal Bersama Guru-Guru Sk. Berungis (29 Mei 2015)

Tarikh : 29 Mei 2015
Masa : Jam 2000 hingga 2200
Tempat : Tuaran Arena Futsal

Salah satu aktiviti luar Jawatankuasa SRS KRT Sinar Saman bersama guru-guru Sk. Berungis, Tuaran, sebagai antara aktiviti sampingan meraikan hari guru tahun ini.








Selasa, 26 Mei 2015

Mesyuarat Jawatankuasa KRT Bil.3/2015

TARIKH : 25 MEI 2015
Hari : ISNIN
MASA : JAM 2000
--------------------------------------------------------------------------------



Agenda Mesyuarat :

- Ucapan Pengerusi
- Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.2/2015 (28 Mac 2015)
- Laporan Setiausaha Dan Bendahari
- Laporan Cawangan (JW/JM/TJ/JE/SRS)
- Program Aidilfitri 2015
- Hal berbangkit
- Hal-hal lain

MESYUARAT DITANGGUHKAN PADA JAM 2228

Isnin, 25 Mei 2015

Rondaan SRS Bil.11//2015 (23 Mei 2015)






LAPORAN RONDAAN SRS BIL.11/2015
TARIKH : 23 MEI 2015
MASA : JAM 2300 HINGGA JAM 0300

[R1:2000] : Anggota SRS bersama pelajar epjj UiTM Sabah yang membuat kajian kursus tahun akhir, meronda ke lokasi R1 dan R3.

[R1:2300] : Keadaan jalan utama kampung sedikit sibuk dengan pergerakan kereta keluar masuk, kerana terdapat dua (2) majlis perkahwinan di dua (2) kampung yang bersebelahan dengan Kampung Saman. Walaubagaimanapun tiada perilaku mencurigakan sepanjang pemantauan dibuat.

[R4:2340] : Anggota peronda bertugas di lokasi R4 melaporkan lokasi dalam keadaan baik.

[R2:0027] : Tiada sebarang keadaan mencurigakan di lokasi R2.

[R3:0128] : Tiada sebarang keadaan mencurigakan di lokasi R3.

TERIMA KASIH PDRM TUARAN

Kajian Keberkesanan SRS Terhadap Komuniti Bersama Pelajar-Pelajar epjj UiTM Sabah (23 Mei 2015)

Tarikh : 23 Mei 2015
Hari : Sabtu
Tempat : Pusat Kawalan SRS KRT Sinar Saman






Jawatankuasa Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Sinar Saman menerima kunjungan pelajar-pelajar epjj UiTM Sabah yang memilih SRS KRT Sinar Saman sebagai tempat membuat kajian kursus akhir tahun mereka berkenaan Keberkesanan SRS Terhadap Komuniti KRT Sinar Saman, 

Turut hadir ialah Pengerusi JKKK Kg. Saman, Encik Mazlan Bin Norinah, Ketua SRS KRT Sinar Saman, Encik Razali Bin Amit serta Ahli-Ahli jawatankuasa KRT Sinar Saman, yang seterusnya bersama-sama pelajar-pelajar meronda di lokasi rondaan R1, R3 dan R4.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang terlibat dan seluruh ahli jawatankuasa SRS dan KRT Sinar Saman mengucapkan terima kasih kerana memilih SRS KRT Sinar Saman sebagai tempat kajian. 

Ahad, 17 Mei 2015

Rondaan SRS Bil.10/2015 (16 Mei 2015)



LAPORAN RONDAAN SRS BIL.10/2015
TARIKH : 16 MEI 2015
MASA : JAM 2300 HINGGA JAM 0300
-------------------------------------------------------------------------

[R2:1527] : Peronda SRS menerima laporan kehadiran tiga (3) orang pemuda tidak dikenali dan mencurigakan di lokasi R2.

[R1:2305] : Tiada penemuan mencurigakan di lokasi R1.

[R4:2316] : Pusat kawalan SRS menerima laporan daripada peronda yang bertugas di R4 , tiada penemuan mencurigakan.

[R1:0009] : Dua (2) orang pejalan kaki dikesan di lokasi R1, didapati mereka yang baru pulang dari menziarah jenazah saudara yang baru meninggal di kampung sebelah.

[R2:0134] : Lapan (8) orang peronda masuk ke lokasi R2, tiada penemuan dicatatkan. Tiga (3) orang lagi peronda membuat pemantauan di R3.

[R3:0138] : Keadaan bangunan kemudahan di lokasi R3 dalam keadaan selamat. Tiada penemuan dicatatkan.

[R3:0338] : Sebuah kereta penduduk kampung yang dikenali dipandu masuk ke kampung dan keluar semula selepas beberapa minit.

NOTA * Tiada sebarang pergerakan motosikal yang menganggu ketenteraman penduduk dikesan sepanjang waktu rondaan. 

TERIMA KASIH PDRM TUARAN

Jiran Wanita Meraikan Hari Ibu 2015

Tarikh : 16 Mei 2015
Hari : Sabtu
Tempat : Pusat Kawalan SRS KRT Sinar Saman

Jawatankuasa Jiran Wanita sempat meraikan Hari Ibu 2015 dengan mengadakan sedikit jamuan khas untuk ahli-ahli Jiran Wanita KRT dan SRS Sinar Saman, sebelum Rondaan SRS Bil. 10/2015 diadakan oleh pasukan peronda SRS.

Ini merupakan kali kedua majlis seumpamanya diadakan oleh Jawatankuasa Jiran Wanita yang pertama kali meraikannya bersama-sama pada tahun lalu.

Jawatankuasa KRT Sinar Saman mengucapkan Selamat Hari Ibu 2015 kepada seluruh Ahli-Ahli Rukun Tetangga KRT Sinar Saman yang bergelar ibu. Semoga sentiasa dirahmati dan dipelihara kesihatan oleh Allah SWT sentiasa. Amiin 



Sabtu, 16 Mei 2015

Laporan SRS Di Luar Masa Rondaan (15 Mei 2015)




 LAPORAN SRS DI LUAR MASA RONDAAN
TARIKH : 15 MEI 2015      HARI : JUMAAT
TEMPAT : LOKASI RONDAAN R2
_____________________________________________________________

Jam 2041 : Pasukan Peronda SRS menerima laporan daripada penduduk berkenaan sekumpulan anak muda dari kampung sebelah menuju ke R2, lokasi tapak penagihan dadah.

Jam 2049 : Satu lagi laporan diterima daripada penduduk berkenaan seorang pemuda yang mabuk di padang kg saman. Dia dipercayai salah seorang daripada kumpulan anak muda dalam laporan pertama y diterima.

Pasukan peronda bergegas ke lokasi yang dilaporkan.

Jam 2120 : Seorang pemuda ditahan dalam keadaan mabuk oleh peronda srs dan dikenalpasti sebagai orang yang sama, yang diberi nasihat oleh peronda srs pada 09.05.2015 yang lalu. 

Jam 2140 : Anggota peronda polis Tuaran tiba di lokasi selepas dihubungi oleh peronda srs dan membawa suspek ke balai polis untuk diambil tindakan selanjutnya.

Ahad, 10 Mei 2015

Rondaan SRS Bil.9/2015 (09 Mei 2015)




LAPORAN RONDAAN SRS Bil.9/2015
TARIKH : 09 MEI 2015
MASA : JAM 2300 HINGGA JAM 0300


[R3 : 2008] : Anggota SRS mendapat laporan kewujudan empat (4) orang anak muda di lokasi R3 yang sedang khayal kesan hisap gam. Mereka merupakan anak2 muda dari kampung bersebelahan, dan dinasihatkan oleh anggota SRS untuk balik ke rumah.

[R1:2355] : Pasukan peronda bersama2 anggota membuat rondaan di lokasi R1. Tiada penemuan direkodkan,

[R3:0108] : Rondaan  di lokasi R3. Tiada penemuan direkodkan.

[R2:0121] : Rondaan di lokasi R2. Penemuan tapak baru penagihan dadah. Anggota SRS cuba mengesan kehadiran suspek melalui nyalaan rokok di lokasi R2. Anggota SRS berpecah kepada beberapa kumpulan, namun gagal menemui suspek. Beberapa jalan2 dan lorong2 baru ditemui dipercayai digunakan untuk tujuan keluar masuk ke lokasi R2.

[R3 : 0216] : Rondaan di lokasi R3. Bangunan kemudahan dalam keadaan baik.

[R4 : 0236] : Anggota SRS yang bertugas di lokasi R4 melaporkan keadaan baik dan tiada yang mencurigakan berlaku.

* Tiada pergerakan motosikal yang menganggu ketenteraman penduduk dilaporkan sepanjang rondaan.

Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023

Program : Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023 Tarikh : 21/01/2023 (Sabtu) Masa : Jam 2000 - 0030 Tempat : Bangu...