*** PORTAL INI DALAM PROSES KEMASKINI. HARAP MAKLUM. - 18.01.2023 ***

MUKADIMAH

Assalamualaikum dan salam perpaduan..

Alhamdulillah.. Portal ini dapat diwujudkan dan diaktifkan selalu bagi terus memberikan laporan-laporan aktiviti dan program masyarakat di peringkat rukun tetangga. Menyediakan laporan-laporan aktiviti setiap masa dilihat amat perlu untuk dinilai terutama bagi mengukur pencapaian jawatankuasa rukun tetangga sedia ada, dan seterusnya diperbaiki dari semasa ke semasa.

Bagi Kampung Saman, pengwujudan Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga begitu besar impaknya kepada penduduk terutama dalam menggerakkan potensi-potensi pasif sedia ada secara sukarela yang bukan hanya meliputi aspek kebiasaan seperti ekonomi, sosial dan pendidikan, malah turut sedaya upaya memandu hala tuju jasmani dan rohaniah masyarakat agar terus mempunyai jati diri yang kuat.

Masa depan yang semakin mencabar, memaksa kita untuk segera mencari tonik yang tepat seterusnya mempersiapkan masyarakat kita agar menjadi lebih baik daripada yang kita miliki hari ini. Atas sebab itu, Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sinar Saman akan secara terus cuba mengukuhkan perpaduan masyarakat melalui penumpuan kepada usahasama-usahasama penduduk dalam kegiatan ekonomi dan pendidikan yang dilihat mampu memperkasakan masyarakat di samping memberi kesedaran secara berperingkat melalui penganjuran program dan aktiviti lain yang dirasakan perlu.

Sudah menjadi kebiasaan, cita-cita yang besar akan dipaksa untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran yang lebih besar antaranya anggapan-anggapan negatif individu tertentu yang tidak sensitif dengan kemaslahatan masyarakat dalam kawasan terhadap keputusan-keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa. Itulah yang sedang dan bakal dihadapi oleh KRT Sinar Saman dalam usaha kerjasama bersama JKKK memperkasakan masyarakat sebagai satu unit yang terbaik dalam kawasan.

Syabas dan tahniah kepada mereka yang masih punya hati dan jiwa yang ingin bersama-sama sebagai satu unit untuk membangun komuniti. Semoga segalanya dipermudahkan dan dimensi baru komuniti masyarakat dalam kawasan KRT Sinar Saman menjadi realiti. Salam Perpaduan !


Mazlie Bin Norinah
Pengerusi
Twitter : @aesalno

Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023

Program : Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023 Tarikh : 21/01/2023 (Sabtu) Masa : Jam 2000 - 0030 Tempat : Bangu...