*** PORTAL INI DALAM PROSES KEMASKINI. HARAP MAKLUM. - 18.01.2023 ***

Rabu, 24 Julai 2013

Mesyuarat KRT Siri 2 - 08 Julai 2013

Mesyuarat jawatankuasa siri 2 ini diadakan untuk menyusun atur semula perkembangan kawasan yang sudah terlalu lama tertangguh kerana memberi peluang untuk proses pembahagian kawasan KRT Jembulang Saman (Nama asal sebelum dibahagikan kepada dua (2) kawasan). Dalam mesyuarat kali kedua ini, jawatankuasa lebih banyak merancang program-program dan aktiviti yang akan diselaraskan dengan matlamat dan objektif penubuhan KRT diperingkat nasional dan tempatan. Segala perancangan ini akan dibukukan menjadi Pelan Tindakan yang akan menjadi asas hala tuju KRT dengan kerjasama organsasi lainnya seperti JKKK. Pelan ini dijangka akan siap sepenuhnya sebelum September 2013. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Program Aidilfitri 2013 akan diadakan pada 28 Julai 2013, jam 11.00 pagi di rumah pengerusi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023

Program : Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023 Tarikh : 21/01/2023 (Sabtu) Masa : Jam 2000 - 0030 Tempat : Bangu...