Tarikh : 18 Mac 2015
Masa : Jam 0800 hingga Jam 1400
Tempat : Lok Kawi Wildlife Park, Putatan, Sabah.
Program ini diadakan oleh Jawatankuasa Tunas Jiran sempena mengisi masa cuti sekolah pertengahan semester pertama anak-anak masyarakat kampung. Seramai tujuh belas (17) orang kanak-kanak dan dua belas (12) orang dewasa yang terlibat dalam program ini.
Rombongan bergerak ke tapak lawatan pada pukul 8.00 pagi dan tiba di tapak lawatan pada pukul 9.30 pagi. Di antara jam 9.30 pagi sehingga jam 11.00 pagi, rombongan berada di dalam taman hidupan liar memerhati dan mengenali haiwan-haiwan yang jarang ditemui di kampung.
Sekitar jam 11.00 pagi, rombongan berada di dalam amfiteater untuk menyaksikan persembahan haiwan yang disediakan oleh pihak zoo. Rombongan berangkat pulang sekitar jam 12.00 tengahari selepas tamat persembahan haiwan tersebut.