Bengkel Sistem Maklumat JPNIN Negeri Sabah, Peringkat Daerah Tuaran diadakan pada 25 Oktober 2013 di Dewan Giat Belia, Tamparuli, Sabah. Bengkel yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Tuaran itu memberi penerangan kepada jawatankuasa tertinggi setiap KRT yang hadir, berkenaan cara memasukkan data-data pengurusan KRT seperti kewangan dan laporan aktiviti melalui sistem maklumat JPNIN yang boleh diakses pada bila-bila masa. KRT Sinar Saman diwakili oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan