*** PORTAL INI DALAM PROSES KEMASKINI. HARAP MAKLUM. - 18.01.2023 ***

Jumaat, 29 Ogos 2014

Majlis Malam Muhibbah Perpaduan KRT Daerah Tuaran Sempena Aidilfitri 2014


Tarikh : 29hb. Ogos 2014 (Jumaat)
Masa : Jam 2000
Tempat : Rumah Pengerusi KRT Kg. Rugading
Perasmi : Encik Amran Bin Sopoh, (JPNIN)



Rabu, 4 Jun 2014

Skim Rondaan Sukarela (SRS) KRT Sinar Saman Diluluskan

Jawatankuasa menerima surat dan sijil kelulusan SRS KRT SINAR SAMAN pada 03 Jun 2014 daripada Pegawai Perpaduan Daerah Tuaran dengan nombor notis kelulusan SRS67361 dengan tarikh mula berkuatkuasa pada 06 Mei 2014.

Satu taklimat khas berkenaan SRS bersama PDRM akan diadakan pada 16 Jun 2014 (Isnin), Jam 8.00 malam, di Kg. Saman, bagi memberi penerangan kepada ahli-ahli SRS berkenaan perkara-perkara yang berkaitan. 

Borang pendaftaran sebagai anggota SRS KRT Sinar Saman boleh diperolehi melalui jawatankuasa KRT dan dibuka sepanjang masa bermula tarikh kelulusan dengan syarat asas seperti berikut :

(Akta Rukun Tetangga 2012, Seksyen 17)

1. Pemastautin dalam kawasan
2. Orang yang berkepentingan
3. Seseorang yang telah diluluskan oleh Pengarah RT

Selasa, 27 Mei 2014

Sambutan Hari Guru 2014 Peringkat Sekolah Sk. Berungis

Tarikh : 27 Mei 2014 (Selasa)
Masa : Jam 7.00 pagi
Tempat : Sk. Berungis, Tuaran, Sabah.


Timbalan Pengerusi menyampaikan penghargaan kepada Guru Besar Sk. Berungis, sebagai menghargai usaha dan pengorbanan guru-guru di sekolah tersebut yang sedaya upaya mendidik dan mengajar anak-anak masyarakat kampung. 









Isnin, 26 Mei 2014

Mesyuarat Jawatankuasa 5/2014 (26 Mei 2014)

Tarikh : 26 Mei 2014 (Isnin)
Masa : Jam 8.30 Malam
Tempat : Rumah Pengerusi

Agenda Mesyuarat :
- Ucapan Pengerusi
- Pengesahan Minit Mesyuarat 28 April 2014
- Laporan Setiausaha
- Laporan Bendahari
- Projek Ekonomi KRT
- Hari Keluarga 2014 - Program Jiran Wanita
- Hal-hal lain.

Mesyuarat memfokuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebajikan anak-anak pelajar penduduk kampung Kg. Saman yang bersekolah di Sk. Berungis, selepas mengambilkira beberapa luahan daripada ibubapa yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap pengurusan sekolah terbabit. Jawatankuasa memutuskan untuk menghantar surat desakan kepada Guru Besar Sk. Berungis dan salinan kepada Pengawai Pendidikan Daerah Tuaran untuk segera memberi perhatian terhadap masalah-masalah pelajar agar tidak mengganggu proses pembelajaran anak-anak kampung. Sehubungan itu, sempena sambutan hari guru peringkat sekolah Sk. Berungis pada 27 Mei 2014, jawatankuasa KRT dengan berbesar hati memberi penghargaan kepada guru-guru di Sk. Berungis yang telah banyak berjasa kepada anak-anak penduduk kampung selama ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.44 malam.


Rabu, 21 Mei 2014

Bersama Pengarah JPNIN Negeri Sabah (20 Mei 2014)

Tarikh : 20 Mei 2014 (Selasa)
Masa : Jam 9.00 Pagi
Tempat : Pejabat Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Sabah.



Pengarah JPNIN Sabah, Puan Delin Liet a/k Blaun, menerima kunjungan jawatankuasa tertinggi KRT Sinar Saman bersama Pengerusi KRT Telipok Ria, Encik Mohd Sharizal, di pejabat beliau. Dalam pertemuan hampir dua (2) jam tersebut, kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan berkenaan kaedah bagaimana memastikan perkembangan komuniti melalui penggalakkan ekonomi dapat dilaksanakan seterusnya memperkukuhkan perpaduan dan kesatuan ahli dalam kawasan KRT.

Jawatankuasa KRT Sinar Saman mengucapkan terima kasih kepada Puan Delin kerana sudi menerima kunjungan tidak rasmi tersebut. Menjelang Mesyuarat Jawatankuasa KRT 5/2014 yang akan datang, kunjungan ini sedikit sebanyak memberi suntikan inspirasi kepada seluruh jawatankuasa KRT, untuk terus memastikan KRT Sinar Saman menjadi satu organisasi yang bukan sia-sia diwujudkan oleh kerajaan, terutama bagi memupuk perpaduan di peringkat akar umbi. 

Selasa, 6 Mei 2014

Sukan Rakyat Pesta Kaamatan Daerah Tuaran (06 Mei 2014)

Tarikh : 06 Mei 2014 (Selasa)
Masa : Jam 7.30 pagi
Tempat : Padang Belia , Tamparuli








KRT Sinar Saman menghantar sepuluh (10) orang peserta menyertai program Sukan Rakyat Pesta Kaamatan KRT Daerah Tuaran di Padang Belia , Tamparuli. KRT Sinar Saman dipertanggungjawabkan untuk mempersiapkan acara Boling Kelapa yang mendapat sambutan yang cukup mengejutkan dengan penyertaan sebanyak enam puluh satu (61) penyertaan untuk kategori lelaki, dan lapan puluh tujuh (87) penyertaan untuk kategori perempuan.

Khamis, 1 Mei 2014

Persiapan Majlis Kenduri Kesyukuran Kontinjen Perarakan Maulidur Rasul 2014








Kenduri Kesyukuran Kontinjen Perarakan Maulidur Rasul 2014 diadakan di KRT Kg. Rugading sebagai venue utama majlis. KRT Sinar Saman dipertanggungjawabkan untuk menyediakan makanan untuk majlis tersebut. 

Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023

Program : Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023 Tarikh : 21/01/2023 (Sabtu) Masa : Jam 2000 - 0030 Tempat : Bangu...