*** PORTAL INI DALAM PROSES KEMASKINI. HARAP MAKLUM. - 18.01.2023 ***

Ahad, 2 Mac 2014

Mesyuarat Jawatankuasa 3/2014 (02 Mac 2014)

Tarikh : 02 Mac 2014 (Ahad)
Masa : Jam 10.00 pagi
Tempat : Rumah Pengerusi

Agenda Mesyuarat
- Ucapan Pengerusi
- Pengesahan Minit Mesyuarat 2/2014 (03 Februari 2014) 
- Laporan Setiausaha
- Laporan Bendahari
- Jiran Wanita
- Jiran Muda
- Hal-hal lain

Selasa, 4 Februari 2014

Mesyuarat Jawatankuasa 2/2014 (03 Februari 2014)

Tarikh : 03 Februari 2014 (Isnin)
Masa : Jam 8.00 Malam
Tempat : Rumah Pengerusi

Agenda mesyuarat ialah :
- Ucapan Pengerusi
- Pengesahan Minit Mesyuarat 1/2014 , 09 Januari 2014
- Perlantikan Dan Kemaskini Profil Jawatankuasa KRT
- Laporan Setiausaha
- Laporan Bendahari
- Hal-hal lain

Berikut Merupakan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sinar Saman Yang Di Lantik



Ahad, 26 Januari 2014

Rabu, 15 Januari 2014

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1435 H / 2014 M Peringkat Negeri Sabah


14 JANUARI 2014 - Seramai 65 orang peserta daripada 13 buah KRT dalam daerah Tuaran termasuk KRT SINAR SAMAN, membentuk satu kontinjen mewakili KRT Daerah Tuaran menyertai Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1435H / 2014M yang diadakan di bandar Tawau. Kontinjen yang diketuai oleh Tn. Hj. Madaraup (Pengerusi KRT Kg. Rugading) selaku ketua kontinjen kali ini, akhirnya dipilih sebagai Naib Johan Pertandingan Sepanduk Bagi Kategori Pertubuhan. 

Rombongan KRT Daerah Tuaran sebelum itu disambut oleh Jawatankuasa KRT Perumahan Kerajaan Tawau dalam satu Majlis Ramah Mesra bersama Pegawai Perpaduan Daerah Tawau, yang juga dihadiri oleh pengerusi-pengerusi KRT daerah Tawau.





Jumaat, 10 Januari 2014

Mesyuarat Jawatankuasa 1/2014 (09 Januari 2014)

Mesyuarat Jawatankuasa 1/2014 diadakan pada 09 Januari 2014 , jam 8.00 malam, di rumah pengerusi KRT dengan beberapa agenda utama seperti berikut :


a.            Ucapan Pengerusi
b.            Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
c.            Laporan Setiausaha
d.            Laporan Bendahari
e.            Perancangan 2014
f.             Hal-hal lain

Jawatankuasa juga dimaklumkan bahawa lima (5) peserta daripada KRT Sinar Saman akan menyertai kontinjen KRT Daerah Tuaran dalam Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah, 1435 H / 2014 M di daerah Tawau, pada 14 Januari 2014.

Perkara lain yang dibincangkan dan disuarakan oleh ahli jawatankuasa adalah termasuk :

- Isu penubuhan Tabika KEMAS
- Isu permohonan PPRT penduduk yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak berwajib
- Isu projek penimbusan jalan ke rumah penduduk yang tidak siap

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 10.15 malam.

Khamis, 12 Disember 2013

Majlis Perasmian Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah

KRT Sinar Saman menghantar empat (4) orang untuk menghadiri Majlis Perasmian Minggu Perpaduan Peringkat Negeri Sabah di Pusat Pentadbiran Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 12. Disember 2013, jam 2.00 petang. Majlis dirasmikan oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Majlis dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan INtegrasi Nasional.

Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023

Program : Mobile Legends Bang Bang : E-Sport Sinar Saman Championship 2023 Tarikh : 21/01/2023 (Sabtu) Masa : Jam 2000 - 0030 Tempat : Bangu...